INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

Prinsip Pelaksanaan PI1M

  • Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
    • Menyediakan premis yang sesuai
    • Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
  • Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
  • Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
  • Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
  • Daftar sebagai Ahli PI1M
    • Pendaftaran RM5.00
    • Kad Ahli
    • Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
    • Pengaktifan semula – RM3.00
Rekreasi & Perlancongan

STADIUM MINI JASIN
Stadium mini jasin terletak di Rim Jasin dan 8KM dari PI1M Kemendor. Stadium ini mempunyai tempat duduk utama, padang bola sepak dan trek perlumbaan olahraga. Stadium ini boleh menampung 5000 orang dalam satu-satu masa. Banyak acara dan peristiwa besar telah diadakan di sini seperti hari peneroka kebangsaan  kerana pihak penganjur lebih suka tempat yang berhampiran dengan bandar.

Muzium Pertanian Jasin
Muzium Pertanian terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan Balai Polis Jasin di MelakaMalaysia.Jarak muzium ini dari PI1M Kemendor adalah 10KM. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan pengeluar bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka. Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang pertanian.
Bayaran masuk ke muzium ini adalah percuma. Waktu operasi setiap hari dari jam 9.00 pagi – 5.30 petang dan ditutup pada hari isnin.

Kemudahan Awam

-Tiada Maklumat-

Pendidikan

-Tiada Maklumat-

Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan

-Tiada Maklumat-